Tuesday, September 1, 2009

Terlaksana akhirnya..



Assalamualaikum wbt..

Akhirnya pada hari ini, aku melaksanakan hasrat suamiku untuk melihatku menulis blogku sendiri..dah lama hasrat ni dipendam, tapi dek kerana kemalasan yang bermaharajalela, hasrat ini tertangguh..bukan susah pun permintaan suamiku ni, tapi biasa la..bila dah lama bergelar penganggur ni, aku jadi sangat liat untuk menaip apatah lagi mengeluarkan idea2 untuk menulis..hehehe

Dulu, aku pernah mintak kat suamiku untuk post tulisanku dalam blog dia, tapi suamiku xkasik..dia suruh aku buat blog sendiri and tulis la nak tulis ape pun, tapi yang penting tulis dalam blog aku sendiri..huhuhuhu..ingatkan nak tumpang2 blog suamiku je, xnak buat blog sendiri..sbb nnt kang bukan rajin sangat pun nak menulis..alih2 suamiku buatkan blog untuk aku and terpaksa la aku guna blog aku ni...hehehe

Untuk posting yang pertama ni..sbg tanda penghargaan dan terima kasih aku yang xterhingga untuk suamiku..aku letak gambar suamiku yang tersayang dan tercinta, Ahmad Izzuddin Fahmi b. Che Ab Rahim (yang kat atas tu..hehe)..semoga abang sentiasa gembira, ceria, sihat, berjaya dan bersemangat untuk mencapai cita-cita..sayang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abang! syukran jazilan atas segalanya dan semoga Allah membalas segala kebaikan abang dengan balasan setimpalnya kelak..insyaAllah..xsabar tunggu abang balik dan baca first posting sayang ni..

2 comments:

  1. Salam sayang..
    Selamat datang ke dunia blog..
    Semoga setiap tulisan sayang memberi manfaat untuk abg n semua orang!

    Welcome Dear!

    ReplyDelete