Monday, September 7, 2009

Misiku petang ni..









Harap-harap dapat dilaksanakan dengan jayanya..

Selasa, 8 September 2009..

Hari ini, rutin harianku seperti biasa..seperti hari-hari yang lalu..

Tidak ada yang istimewa untuk dilakukan hari ni..

Cuma kepalaku ligat berputar memikirkan apa yang aku nak masak petang ni untuk juadah berbuka puasa..huhu..

Rasa macam nak makan dan masak biasa2 je..tapi takut plak suami n adik2 nak makan special2..maklumla berbuka puasa kan..

So, aku ingat nak gi pasar jap kejap lagi..cari apa2 yang patut untuk dimasak..yang paling penting mesti beli santan..tidak dilupakan ikan siakap..sayur bayam..dan bihun! Ha, nak masak ape tu??

Mesej abang la untuk konfirm menu berbuka petang ni, jom masak!

Tuesday, September 1, 2009

Mampukah aku menjadi bidadari syurga buat suamiku nanti..?


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
...



Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat


Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas


Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal


Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan


Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista


Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu


Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan




Ya Allah



Sekiranya suami ku ini adalah pilihanMu di Arasy


Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya


Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku

dititianMu


Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya


Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu


Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya


Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu


Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya


Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu


Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...


Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang


Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu


Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu


Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya


Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan


Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya


Sekiranya suami ku menyintai kesesatan


Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena



Ya Allah


Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku


Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku


Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan


Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai


Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri


Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu


Sekiranya aku engkar dan derhaka


Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu



Ya Allah sesungguhnya


Aku lemah tanpa petunjukMu


Aku buta tanpa bimbinganMu


Aku cacat tanpa hidayahMu


Aku hina tanpa RahmatMu



Ya Allah


Kuatkan hati dan semangatku


Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu


Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami


Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu


Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah


Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan


Kerana aku pasrah dengan dugaanMu


Kerana aku sedar hinanya aku


Kerana aku insan lemah yg kerap keliru


Kerana aku leka dengan keindahan duniamu


Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu


Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu




Ya Allah Ya Tuhanku...


Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati


Isteri yang dikasihi


Isteri yang solehah


Isteri yang sentiasa dihati




Amin, amin Ya Rabbal .'Alamin..


~Sayang mohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang sayang lakukan sehingga mengundang kemarahan abang...maafkan sayang atas segalanya....uhibbuka jiddan~

Terlaksana akhirnya..



Assalamualaikum wbt..

Akhirnya pada hari ini, aku melaksanakan hasrat suamiku untuk melihatku menulis blogku sendiri..dah lama hasrat ni dipendam, tapi dek kerana kemalasan yang bermaharajalela, hasrat ini tertangguh..bukan susah pun permintaan suamiku ni, tapi biasa la..bila dah lama bergelar penganggur ni, aku jadi sangat liat untuk menaip apatah lagi mengeluarkan idea2 untuk menulis..hehehe

Dulu, aku pernah mintak kat suamiku untuk post tulisanku dalam blog dia, tapi suamiku xkasik..dia suruh aku buat blog sendiri and tulis la nak tulis ape pun, tapi yang penting tulis dalam blog aku sendiri..huhuhuhu..ingatkan nak tumpang2 blog suamiku je, xnak buat blog sendiri..sbb nnt kang bukan rajin sangat pun nak menulis..alih2 suamiku buatkan blog untuk aku and terpaksa la aku guna blog aku ni...hehehe

Untuk posting yang pertama ni..sbg tanda penghargaan dan terima kasih aku yang xterhingga untuk suamiku..aku letak gambar suamiku yang tersayang dan tercinta, Ahmad Izzuddin Fahmi b. Che Ab Rahim (yang kat atas tu..hehe)..semoga abang sentiasa gembira, ceria, sihat, berjaya dan bersemangat untuk mencapai cita-cita..sayang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abang! syukran jazilan atas segalanya dan semoga Allah membalas segala kebaikan abang dengan balasan setimpalnya kelak..insyaAllah..xsabar tunggu abang balik dan baca first posting sayang ni..